Rabu, 30 Maret 2016

Panduan Belajar Gitar Untuk Pemula



 
 
Nomor untuk setiap jari sebagai panduan meletak jari tangan di atas gitar fretboard gitar.

Gunakan alat penala string atau tuner untuk menala / tune setiap tali gitar mengikut standard tune not. Atau boleh juga tune gitar menggunakan Guitar Tuner Online di internet.

Tuner/pelana

Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord C major dan A minor. Kord C major biasanya akan ditulis "C" sahaja manakala kalau sekiranya ia berbunyi minor maka ia akan bertulis "C m". Kord C major atau C selalunya dimainkan dalam lagu mode gembira. Kord minor seperti A minor dan E minor selalunya ditulis "A m" dan "E m" sahaja dan ia selalu diguna untuk lagu mode sedih. Beza anatara "minor" atau "major" ialah "minor" itu mempunyai mood yang sedih. "Major" pula jikalau dibunyikan akan berbunyi irama yang gembira. Major ialah scale / skel irama utama yang berasal dari budaya kehidupan orang Eropah.   
 
 E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.
 
Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama hingga yang seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan jari kamu untuk kord C dan Am, cuba pula mainkan dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan untuk membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan kanan sahaja.  
strum pertama Cstrum kedua Am 

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar